FOOD PHOTOGRAPHY
Satu produk yang sama dari sudut pandang fotographer yang berbeza, akan memberikan feel yang berbeza. Some people can recreate good photos, but can never brings out the same feel from the photo.
Photographer tugas depa mengeluarkan kecantikan daripada subjek yang depa shoot dan nampak dalam hasil gambar yang diambil. (This is my personal opinion only. If you disagree, it’s your personal opinion. I respect yours.)
Photographer yang lagi terer bukan sahaja boleh mengeluarkan kecantikan subjek yang dia shoot, malah boleh turut mengeluarkan emosi dan daya tarikan daripada subjek.
Sebagai product owner pula, tugas kita adalah kena tahu apa yang diperlukan dan yang terbaik untuk produk kita. Ada gambar yang akan diguna untuk packaging (pembungkusan). Ada gambar yang akan diguna untuk website. Ada gambar diguna untuk flyers, social media posts, etc. Setiap kegunaan memerlukan feel yang berbeza tetapi dengan tujuan yang sama – nak layoq kat viewer bagi depa tertarik.
Buat pilihan mengikut TUJUAN gambar tersebut nak digunakan. Emosi apa yang awak rasa bila tengok gmbar tu. Fun, elegant, sleek, lapaq. Atau adakah gambar tersebut menceritakan sesuatu. Kena dak dengan tujuan nak guna gambar tu.
/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*
Contoh.
Kalau nak present kepada food services clients, saya akan gunakan gambar samosa 4 ketul tu sebagai gambar iringan. Letak gambar yang hi-res.
Sebab – ia RELATABLE. Plating dan serving size dia macam yang depa servis kat pelanggan depa. Jadi bila present, secara tak langsung kita membantu client untuk ‘melihat’ how their food presentation will be like bila menggunakan Samosa Nani’s ni. Jadi, cepat sikit depa nak bersetuju dengan kita.
*Pastikan actual products sama macam yg dibentangkan. Tipu, berdosa.
Tapi gambar yang sama saya tak boleh guna untuk letak dalam flyers atau sebagai imej di pembungkusan. Terlalu humble. Hahahaha. Sikit sangat!
Untuk packaging, gambar kena nampak meriah, banyak, penuh dan menceritakan what consumers will get INSIDE the packaging. Fokus kepada product semata. So, garfu, sudu, sos, alas itu ini tu semua kena crop out. Then zoom in gambar product di atas pinggan tu bagi nampak jelas.. Like 1/3 daripada packaging tu akan nampak gambar produk dengan jelas.
*We always insist our packaging photos kena letak kuih atas pinggan. Gambaq kuih melayang-layang di udara memang konfem kena rejek. Hahaha. It’s just us. No specific reason.
/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*/*
Jadi, #my2cents harini – it is always good to try to explore our creativity in photography, multimedia, graphic, etc. But always put yourself as product owner first, then the photographer or designer. Jangan syok sendiri. Kalau gambar yang di photoshoot sendiri tu gagal mengeluarkan emosi yang kita nak, jangan guna. Hire a professional photographer.
Memang mahal charge PROFESSIONAL. Tapi hasil…kita pulak yang sukar nak buat pilihan. Semua gambar helok dik, ada emosi bagai. dan.. boleh guna untuk tempoh yang lama. Bayar beribu, guna bertahun.
#kuihtradisional #kuihsejukbeku #kuihfrozen #kuihmelayu #kueh #samosa #cucurbadak #ondeonde #frozenfood #frozenfoodsupplier #horecasupplier #halalfrozenfoodsupplier #malaykuih #halal #gmp #haccp #