Ada peniaga/pengusaha tidak begitu kisah akan bab pembungkusan ini. Asalkan berbungkus rapi, di seal kejap udara, ada nama & nombor telefon lebih kurang, boleh dah.
Tak kurang juga yang berhabis ribuan ringgit untuk produknya kelihatan menarik di mata pembeli. Daripada photography, design hinggalah ke percetakan dipastikan menggunakan khidmat rakaniaga yang mahir dan professional untuk hasil yang mantap.
Pada saya, baik yang tak kisah atau yang betul-betul kisah yang paling penting adalah pengetahuan tentang pembungkusan. Kenapa?
Sebab design yang lawa pun tidak ada guna kalau pembungkusan tidak dapat melindungi isi di dalamnya:
So, apa yang perlu tahu tentang pembungkusan ni?
Pertama sekali, kena tahu jenis material. Kita ambil contoh, plastic. Terdapat pelbagai jenis plastic dalam pasaran. Bagaimana nak memilih plastic yang paling sesuai untuk produk sejuk beku?
Untuk packaging sejuk beku, kena pastikan guna plastik material jenis PE. Ciri-ciri plastik PE:
1) warnanya tidak kelabu/pudar/sebam. Yg biasa guna bungkus air ikat tepi tu jenis PP/BOPP. Kan kalernya tak begitu transparent sangat kan.
2) Liat. Tidak mudah koyak/pecah. Ciri ini sangat penting untuk produk sejuk beku kerana plastic ini akan disimpan di dalam freezer bersuhu -18C hingga -23C. Kalau salah pilih material, plastic boleh pecah bila beku nanti.
Selain PE, boleh juga guna material nylon yang semakin up sekarang ni. Tapi…bajet pun up sikit lah.?
Next, ketebalan.
Ketebalan plastic ni biasanya kalau kat label dia akan ditulis first sekali selepas material.
Contoh label: PE 08_7X10.
Label ini bermaksud>> plastic jenis PE, ketebalan 80micron, dimension 7inchx10inch.
Macamana nak tahu ketebalan plastic yang sesuai utk produk kita?
> Kalau pembungkusan tersebut adalah bungkusan produk akhir, maka ketebalan yang disarankan adalah antara 06 hingga 08. Contoh seperti #cucurbadaknanis atau #cucurkacangnanis. Lebih tahan lasak (durable) berada di display freezer.
> jika untuk kegunaan pembungkusan dalaman sahaja (maksudnya ada 2nd layer packaging lagi contohnya kotak atau 2nd outer wrapper) macam #karipappusing atau #donatnanis yang ada box, maka thickness yang diperlukan utk pek di dalam memadai 01 hingga 03 sahaja.
.
Ada yang kata; elok ja saya guna plastic PP yang bungkus air tu letak kuih frozen saya. Tak pecah pun.
Jwpn saya: Tak pecah tak mengapa. Saya berkongsi untuk info. Esok kalau produk awak pecah semasa di tempat pelanggan, sekurangnya awak dah tahu kenapa dan boleh buat corrective action segera.?
Ada egen di petaling jaya selatan
Maaf, belum ada agen di PJ selatan tuan.
Macam mana nak order mochi mix ?
Masa checkout, remark di bahagian customer Note.
by default, memang kita akan bagi mochi MIX.
Salam Pn. Saya ada buat tauhu begedil frozen kecil kecilan. Tengah cari packaging yang sesuai. Ada buatkan x plastik packaging dan design macam plastik cucu badak tu. Terima kasih
Maaf.. kami tak buat packaging. Kami adalah pengeluar produk kuih muih frozen tu.. Kalau nak packaging kena tanya supplier plastic packaging.
Saya nak jadi ejen mochi aiskrim
ala.. buat masa sekarang kita cuma ada mochi redbean dan coklat je..
PM 01163437717 untuk sembang lanjut ya.
saya nak tanya tentang plastic packaging yang digunakan. Bole beritahu tak PE jenis apa yang digunakan sama ada HDPE atau LDPE atau lain lain..?
2-2 boleh. HDPE boleh, LDPE pun boleh. janji PE