June 20, 2019

“Wah…maju bisnes akak ye? Tak terfikir nak kembangkan ke? Buka cawangan ke..”
“Teringin tu memang teringin dik…tapi kak tak tahu cara. Silap langkah takut bungkus pula. So..akak decide…stay macam ni lah”

Ini antara dialog biasa saya sering dapat bila berbual dengan peniaga-peniaga yang bisnes mereka nampak sakan. Tapi, tak berani atau tidak tahu bagaimana nak scale up (kembangkan bisnes). Sudahnya, ramai yang stuck di satu-satu level asalkan cukup makan, simpan, etc.

Ya. Kebanyakan mereka sudahpun bergelar jutawan – berdasarkan simpanan di bank.
Sudah mampu naik haji dengan simpanan hasil jualan harian. Sudah mampu besarkan rumah untuk kehidupan lebih selesa. Tapi mereka memilih untuk hidup sederhana. Malah berniaga juga sederhana.

Tidak. Tidak ada salahnya langsung. Boleh saja terus begitu. Ikut kesesuaian dan kemahuan masing-masinglah. Tak boleh la nak condemn orang yang tak mahu besarkan perniagaan.
Bisnes mereka. Suka hati mereka lah.

Habis tu, kenapa nak kena bincang tajuk KEMBANGKAN PERNIAGAAN ni?

Sebab dengan mengembangkan perniagaan, lebih ramai orang yang akan beroleh manfaat daripada perniagaan kita. Sebab itulah Nabi s.a.w menggalakkan umat baginda berniaga.
9/10 daripada sumber rezeki adalah melalui perniagaan.

Antara MANFAAT dengan berkembangnya sesuatu perniagaan:

  1. Lebih ramai PEKERJA diperlukan.
    Bayangkan anda mempunyai 50 orang pekerja. 40 orang pekerja sudah berkeluarga dan mempunyai sekurangnya 2-4 orang anak. Perniagaan anda telah memberi manfaat kepada lebih 150 orang setiap bulan. MashaAllah.
    Dengan kadar pengangguran yang dah mencecah 440,000 orang tahun 2019 ni, bisnes kecik kita pakai 2-3 staf satu kedai, kalau tambah satu kedai dah boleh gajikan 2-3 orang lagi.
    Berkurang sikit kadar pengangguran kepada 399,997 orang dah.
  2. Lebihan rezeki kepada PEMBEKAL.
    Kalau dulu semasa berniaga kecil-kecilan, kita ambil stok kat satu pembekal katalah dalam RM2000 sebulan. Katakan kita ada 3 pembekal utama.
    Dengan berkembangnya perniagaan, kita memerlukan stok tambahan lagi 3 kali ganda.
    Secara tidak langsung, ketiga-tiga pembekal juga akan mendapat manfaat peningkatan jualan sebanyak 3 kali ganda hanya daripada perniagaan kita. **sekiranya anda tak tukar supplier lah. 😀
  3. Lebih pendapatan, lebih bayar ZAKAT.
    Sebagai umat Islam, ini adalah kewajipan. Jangan sembunyi. Jangan kurang nilai. Jangan kecoh. Bayar zakat perniagaan secara telus. InsyaAllah…berkat perniagaan kita.
    Bila perniagaan dah besar, pendapatan pun dah semakin besar..zakat pun semakin banyak kita bayar..maka lebih ramai asnaf akan beroleh manfaat.
    Ye la..bukan le kita sorang dapat ubah dunia..tapi peningkatan itu bagus.

Nampak dah kan manfaatnya kalau kita kembangkan perniagaan?
Macamana? Masih ada takut atau bimbang lagi?

Sedikit panduan bagaimana hendak kembangkan perniagaan. (based on experience ye)

  1. Cari mentor. Penasihat. Pembimbing.
    Ya. Cliche je bunyinya. Tapi itu hakikat. Nak belajar, kena ada guru. Yang boleh BIMBING. Yang boleh TEGUR bila kita buat silap.
    Cari mentor yang berpengalaman lama dalam dunia perniagaan. Dia dah pernah lalui macam-macam selok belok onak duri dunia perniagaan. Minta nasihat dia bagaimana nak buat sesuatu.
    Belajar untuk tidak mengulangi kesilapan guru kita.
  2. Jaga adab dengan guru/mentor.
    Jangan terdetik sedikit pun niat di hati nak “lawan” mentor kita tu.
    Selalu merendah diri dengan mentor.
    Tahu kebanyakan orang berjaya dalam perniagaan (yg saya tahulah) buat apa dengan mentor mereka? 8/10 mengatakan mereka angkat beg guru mereka. Ya. Angkat beg guru adalah tanda merendah diri kita kepada guru dan kesediaan kita menjadi ‘pengikut’ dia.
  3. Jangan buat kerja seorang diri. Delegate. Leverage skill dan pengetahuan orang lain.
    Beri kepercayaan kepada staf buat kerja. Bimbing mereka. Beri ruang staf buat silap.
    Ajar mereka betulkan kesilapan dan pastikan tidak berulang.
    Kalau kesilapan sama asyik berulang, boleh smackdown dia. Hahaha.
  4. Buat no.1,2.3 insyaAllah…jalan untuk berkembang tu akan datang sendiri nanti. Dah ada ilmu, ada guru, ada pembantu….adalah jalan tu. 😉

Kami tidak sempurna. Tidak pernah dan tidak akan.
Apa yang kami tahu kami kongsi.
Lagipun, ilmu dan harta dunia semua milik Allah. Pinjaman saja pada kita.

Spread the love
Related Tags

Leave a Reply